Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Fouziah Gous yang akan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati,  Md Zhafran Md Yusof pada Sabtu ini. Malah pasangan ini turut memilih bulan September untuk melangsungkan hari pernikahan mereka.
Memetik laporan Berita Harian, Fouziah menjelaskan Zhafran memiliki pakej lengkap yang diidamkannya dalam diri seorang lelaki.  
 
“Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta. 
 
“Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama,” katanya yang mengharapkan pertunangan ini akan menutup cerita kurang enak yang melanda dirinya sebelum ini.