Rabu, 21 Ogos 2013

Kehidupan Seorang Yakuza Di Jepun (19 Gambar)



Jurugambar Anton Kusters merupakan jurugambar yang paling berani mendekati golongan Yakuza ini. Anton Kusters dengan berani menghabiskan waktu 2 tahun untuk mempotret keadaan geng Yakuza, geng Jepun yang paling terkenal dan mengerikan di Jepun. Anton Kusters kembali dengan beberapa gambar yang mengagumkan dan menerbitkan sebuah buku berjudul "Odo Yakuza Tokyo." Odo bererti "sakura mekar" dan merupakan lambang dari keluarga geng Yakuza.

Dalam laman web rasminya, dia menceritakan kisah dramatiknya tentang bagaimana dia memperoleh akses untuk mempotret geng Yakuza yang begitu mengagumkan dan mengerikan. Sebelumnya Anton Kusters perlu merancang berbulan-bulan dulu agar diizinkan untuk merapati geng Yakuza. Dan hingga akhirnya ketua geng Yakuza mengizinkan Anton untuk merapati kumpulan Yakuza.









 


 


 


 


 


Isnin, 15 Julai 2013

Gwiyomi Puteri Amani

Pernah dengar tentang Puteri Amani? Ala budak sekolah yang upload video-video kisah percintaan dia dan pasangannya tu..sekarang ni selepas dia upload video tu kat internet mcm-mcm komen yang dia terima..ada yang baik dan ada juga yang mengutuk. Malah ada juga yang meniru video Puteri Amani dalam bentuk parodi pula. Cuba tengok video ni..budak-budak sekarang makin canggih tak mcm dulu..



Isnin, 8 Julai 2013

Ikan Kecil yang Paling Di Takuti Orang Brazil

Ikan Kecil yang Paling Di Takuti Orang Brazil






 Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.  Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.

Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati






 Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.




 Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar - dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.




Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian  sebelum Candiru dapat dibuang .




credit : http://beritabest.blogspot.com  

Ahad, 7 Julai 2013

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang kita WAJIB tahu

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.
480901_375859075847691_2000238732_n
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

Ikan Pelik dan Aneh Yang Mempunyai Gigi Manusia

Ikan Pelik dan Aneh Yang Mempunyai Gigi Manusia

Subhanallah. Maha Suci Allah. Tiada apa yang mustahil bagi Allah. Perlu diingat, ikan yang pelik dan aneh ini bukan lah dibuat-buat atau diedit oleh photoshop. Tetapi ini merupakan seekor ikan yang sangat luar biasa yang dijumpai oleh sekumpulan saintis tidak lama dahulu. Saintis pun tidak pasti jenis ikan ini dan dari keluarga mana. Jom Tengok Gambar dulu..
3
1
2

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia

8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Di Malaysia | Fesyen tudung. Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.

1. Tudung Nasi Lemak

Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.

2. Tudung Bukit

Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuktatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukittu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.

3. Tudung Sarung Nangka

Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangka yang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…

4. Tudung Alien

Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

5. Tudung Papa Kedana

Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudungyang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…

6. Tudung Siput


Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

7. Tudung Retis

Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.

8. Tudung Muslimah

Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.[ an-Nur(24):31]
Artikel asal daripada http://nisashahalam.blogspot.com/2012/02/tudung-jenis-manakah-pilihan-anda.html

12 SELEBRITI (ARTIS) MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN TINGGI

12 SELEBRITI (ARTIS) MALAYSIA YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN TINGGI

12 Selebriti (Artis) Malaysia Yang Mempunyai Pendidikan Tinggi | Kadang-kadang ada yang memperkecilkan artis atau golongan selebriti tempatan dengan mengatakan mereka tidak berpelajaran atau gagal dalam pelajaran. Namun jangan lupa, ada juga dikalangan mereka yang mempunyai kelulusan akademik yang mungkin lebih baik daripada kita.
Dibawah ammboi senaraikan 12 artis-artis tempatan yang bukan sahaja mempunyai bakat lakonan atau bakat seni yang baik malah cemerlang dalam akademik.
aznil-lisa-surihani-dan-fadzley-yaacob
Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu “Got to Go” ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.
Lisa Surihani
Pelakon “Istanbul, Aku Datang” ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.
Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti ‘pemuzik jalanan’, Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah “Remp-It” yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.
Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.
Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.
Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.
Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.
Kaer Azami
Selepas bekas peserta “Akademi Fantasi Musim 2″ ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.
Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
Azhar Sulaiman
Pelakon “Keluarga Iskandar” ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.
Sumber – Yahoo Hiburan