Rabu, 29 Mei 2013

Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura

 
Zam: Kempen Najib nampak luar biasa, pura-pura
12:40PM Mei 29 2013  
Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.

Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.
Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.
Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.

"Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan."

Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.

Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.

"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju  hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya.

Selasa, 28 Mei 2013

Syamsul Yusof & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Sebelum Berdamai

Syamsul Yusof & Ammar Alfian Hampir Bertumbuk Sebelum Berdamai

Syamsul Yusof
Menerusi laporan Berita Harian semalam, pelakon, Ammar Alfian dan pengarah, Syamsul Yusof dikatakan hampir bertumbuk sebelum mereka berdamai dalam satu pertemuan di Publika 18 Mei yang lepas.
Pertemuan itu dirancang oleh Syamsul untuk tujuan berdamai dengan Ammar berkenaan isu yang melibatkan cinta tiga penjuru antara dirinya, Ammar dan Puteri Sarah Liyana.
Pada hari kejadian, Ammar dikatakan tidak mampu mengawal sikap panas barannya dan hampir melepaskan tumbukan apabila Syamsul terus-terusan memprovoknya dan tidak mengaku bahawa dia dan Sarah sedang bercinta.
Namun begitu, keadaan yang tegang itu berjaya diredakan oleh sepupu Syamsul dan wartawan hiburan Berita Harian, Zubir Mohd Yunus, yang turut berada di tempat kejadian.
image
Puteri Sarah Liyana
Mereka akhirnya bersepakat untuk berdamai apabila Syamsul menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mengaku yang dia dan Sarah sedang berkawan.

Ammar menerima perkara itu dan mengakui silapnya menyerang Syamsul dan Sarah di laman Twitter. Mereka berdua juga bersetuju untuk tidak memanjangkan kontroversi ini.
Dalam laporan itu juga, Ammar mengakui hubungan baiknya dengan bapa Syamsul, Yusof Haslam menyebabkan dia memadamkan kenyataan berkaitan Syamsul di laman Twitternya.
Apabila Syamsul dan Sarah mula menghina saya di Twitter, saya lawan balik, saya pun nak jaga maruah. Sejujurnya, saya amat menghormati Datuk, dia minta saya padam Twitter dituju pada Syamsul, saya padam. Datuk yang beri saya peluang berlakon filem dan drama.
Keratan akhbar
Keratan akhbar Berita Harian
Sebelum ini, Sarah pernah menulis status di Facebook mengatakan dia rindu MSY yang membawa maksud Mohd Syamsul Yusof. Namun kedua-duanya menafikan bahawa mereka sedang bercinta.
Namun selepas pengakuan yang dibuat oleh Syamsul mengenai status hubungannya dengan Sarah, diharap perkara ini selesai memandangkan Ammar sendiri sudah berjumpa pengganti Sarah.
Sumber: www.ohbulan.com

Saya Diperangkap – Shahrizal Jaszle Respon Isu Khalwat

Saya Diperangkap – Shahrizal Jaszle Respon Isu Khalwat

shahrizal_jazle
Selepas memuat-naik sebuah video di akaun Keek-nya semalam bersama tunang, Shahrizal Jaszle menerusi laporan mStar Online hari ini akhirnya mendedahkan bahawa isu dia ditangkap khalwat sebenarnya adalah satu perangkap.
Pelakon ini bagaimana pun tidak mahu memberi komen tentang isu yang berlaku.
“Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.
“Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November depan nanti.”
Shahrizal juga meluahkan rasa bersyukur apabila keluarganya mengambil keputusan untuk mendengar penjelasan sebelum bertindak.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan. Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap,” ujarnya.
16 Mei lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi.
Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
 

Dari Video Parodi, Bobo Berlakon Filem

Dari Video Parodi, Bobo Berlakon Filem

Bobo-Dianggap-Sebagai-Budak-Gila-Yang-Memburukkan-Nama-Malaysia
Siapa sangka tuah merakam video parodi boleh buat tuan empunya badan terkenal, kan? Itu lah rezeki Bobo selepas dia memuat naik video parodinya menerusi lagu Sayang nyanyian Shae ke YouTube.
Nama Bobo terus menjadi sebutan apabila video itu ditonton oleh lebih 1 juta penonton. Tak cukup dengan itu, MIG buat kejutan bila mereka melamar Bobo untuk menjadi artis di bawah syarikat pengurusan artis milik David Teo itu.
Kisah terbarunya, Bobo dikatakan baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem sulungnya berjudul Awak Nak Kahwin Dengan Saya. Tapi masih belum dapat dipastikan sama ada dia memegang watak utama ataupun tidak.
Screen Shot 2013-05-28 at 11.32.57
Aksi Bobo merakamkan parodi lagu Jahat
Dalam isu yang lain sebelum ini, Bobo dilabel budak gila selepas dia memuat naik parodi terbaru untuk lagu nyanyian Stacy yang berjudul Jahat tapi dia menafikan tuduhan itu.
Apa yang saya ingin tegaskan, saya bukan gila. Saya hanya mengikut kesesuaian rentak muzik ‘Jahat’ yang rancak dan ia mungkin nampak tidak siuman.
Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pengkritik yang banyak membantu saya.
Screen Shot 2013-05-28 at 11.33.18
Ekspresi berlebihannya dikritik orang ramai
Dahsyat rezeki Bobo ni, dari saja-saja rakam video parodi terus ditarik berlakon dalam filem. Sama-samalah kita tengok nanti macam mana lakonan watak yang dibawakan oleh Bobo. Mungkin dia ada bakat jadi pelakon, siapa tahu kan?
Sumber: Media Hiburan

Fouziah Gous Bertunang Sabtu Ini

Fouziah Gous Bertunang Sabtu Ini
gous
Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Fouziah Gous yang akan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hati,  Md Zhafran Md Yusof pada Sabtu ini. Malah pasangan ini turut memilih bulan September untuk melangsungkan hari pernikahan mereka.
Memetik laporan Berita Harian, Fouziah menjelaskan Zhafran memiliki pakej lengkap yang diidamkannya dalam diri seorang lelaki.  
 
“Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu, dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta. 
 
“Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama,” katanya yang mengharapkan pertunangan ini akan menutup cerita kurang enak yang melanda dirinya sebelum ini. 

Tuah terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

Tuah terlalu kacak, wanita misteri beri Mercedes

28 Mei 2013
Omar Borkan al-Gala
Omar Borkan al-Gala
OTTAWA - Seorang lelaki  yang dilaporkan pernah dibuang negeri dari Arab Saudi kerana terlalu kacak mendapat tuah yang tidak disangka apabila menerima sebuah kereta Mercedes daripada peminat misterinya.

Omar Borkan al-Gala, 23, pernah dibuang dari negara asalnya kerana terlalu kacak hingga dibimbangi akan menarik perhatian ramai wanita.

Namun, beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada padanya dengan memilih kerjaya sebagai model.

“Saya menerima hadiah Mercedes G55 sempena sambutan harijadi saya daripada seorang wanita misteri,” katanya kepada majalah In Touch.

Selain menerima hadiah, Omar juga dikatakan kini mula membina tapak dalam kerjaya lakonan apabila membintangi sebuah filem pendek bersama bintang terkenal Navid Negahban.

Penguatkuasa takut ancaman pendatang asing Sabah

Seorang pegawai penguatkuasa dari Majlis Daerah Kunak berkata pasukannya amat gerun untuk memasuki sesetengah kawasan kampung setinggan, termasuk yang dibina di atas air, kerana sering menerima ancaman ke atas keselamatan diri mereka.
Menurut Salim Silin, yang mengetuai jabatan setinggan di majlis tersebut, empat pegawai penguatkuasanya pernah “diancam dengan pisau, dan diekori” ketika bertugas, oleh sebahagian daripada kira-kira 6,000 orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Sesetengah kawasan itu juga sukar dimasuki kerana dihubungkan dengan jambatan yang rosak dan laluan sempit.

Selain itu, keselamatan mereka diancam sehingga mereka tidak berani masuk ke kawasan berkenaan, katanya lagi.

Beliau juga mengakui perkara itu merupakan halangan paling besar dalam menjalankan tugasnya, apabila ditanya oleh pegawai pengendali RCI berhubung isu pendatang asing Saba Jamil Aripin.

Tambahnya, pendatang asing tersebut – termasuk yang memiliki dokumen dan tanpa dokumen – kebanyakannnya merupakan keturunan Suluk dan Bugis yang membentuk lebih 70 peratus dariapda penduduk di tujuh kawasan setinggan di daerah tersebut.

Salim juga berkata, seramai kira-kira 1,000 orang keturunan Bajau Laut yang tidak memiliki dokumen tinggal di satu kampung air setinggan, Kampung Kunak 3.

Isnin, 27 Mei 2013

UAI selamat nikah kali ketiga

UAI selamat nikah kali ketiga
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
26 Mei 2013
UAI
UAI di majlis perkahwinan beliau. Turut kelihatan kedua-dua isterinya yang lain.- Foto ihsan FB Hafiz Hamidun
SHAH ALAM -  Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut.

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi.

Benang mop dalam tomyam

Benang mop dalam tomyam
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Benang mop dalam tomyam
Benda asing ditemui Khairul dalam tomyam dibelinya.
SHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.

Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal  tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.

Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.

“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.

“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.

Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.

“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.

“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.

Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

Khamis, 23 Mei 2013

Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati


Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati
NORAWAZNI YUSOF
23 Mei 2013
Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati
Isteri kepada pegawai bank yang mati dibunuh, Suzana Radin Pangat, 38 (kanan) turut hadir bagi menyaksikan kes pembunuhan pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Patma dan tiga pekerja ladangnya dihukum mati
Anak pengusaha Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi dikerumuni wartawan selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.
 
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Rabu, 22 Mei 2013

Dah Kaya Masih Nak Lagi, Bila La Nak Puas


Gaji Taib Mahmud RM39,000 sebulan, naik 3 kali ganda

KUCHING 22 MEI: Gaji bulanan Ketua Menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mulai 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan, menurut laporan Bernama.
Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji Timbalan Ketua Menteri, Menteri, Pembantu Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak.
Taib-MahmudIa dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan semalam oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, Timbalan Speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; Menteri Kanan dan Speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; Menteri, RM9,000 kepada RM27,000; Pembantu Menteri dan Timbalan Speaker, RM7,000 kepada RM21,000; Adun, RM4,500 kepada RM15,000 dan Setiausaha Politik, RM3,000 kepada RM9,000.
Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Januari tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Wong Soon Koh dilapor berkata, semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.
“Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Adun perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar,” katanya.
Wong berkata, rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.
Dengan kenaikan gaji ini, Ketua Menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52343

Pandanglah Diri Anda Sendiri Selepas Tengok Video Ni


Ketika anda membaca cetusan ini, seorang pakar motivasi muda yang istimewa barangkali sedang berdiri atas meja dan berucap dengan penuh semangat di hadapan ribuan penuntut universiti swasta di tanah air kita.

Seperti apa yang berlaku di banyak tempat lain, ucapannya (dijadualkan jam 9.30 pagi ini) saya kira, tentunya membuat hampir semua yang mendengar, mengalirkan air mata.

Mereka menangis bukan kerana isi ucapannya hebat sangat, tetapi kerana caranya bersahaja, wajahnya ceria dan kelihatan begitu yakin seolah-olah dia menikmati segala-galanya.

Seolah-olah dia tidak pernah hadapi masalah, miliki segala kesempurnaan dalam hidup, sedangkan realitinya jauh dari itu.

Namanya Nick Vujicic. Lelaki Serbia peranakan Australia yang berusia 30 tahun itu sebenarnya tiada kedua tangan dan kaki. Beliau berdiri seperti sebiji mentimun raksasa yang bergerak.

Beliau menghidap apa yang dipanggil sindrom tetra amelia; tiada tangan dan kaki. Apa yang ada hanya sesuatu umpama kaki itik di sudut paha.

Menurut ceritanya sendiri, dia pernah nekad mahu membunuh diri di bilik air ketika berusia 10 tahun kerana merasa kecewa.

Tetapi niatnya itu dihalang oleh semangat kental yang terbina dalam dirinya setelah melihat tekanan hidup orang lain yang lebih teruk daripadanya.

Sejak kanak-kanak, Vujicic, yang lahir di Melbourne, Australia, belajar lakukan pelbagai perkara yang difikirkan mustahil, termasuk berenang dan menaip.

Dalam bidang akademik, dia melanjutkan pelajaran ke universiti dan memiliki ijazah bidang perakaunan serta ijazah pelan kewangan.

Pada 12 Februari 2010, Vujicic mendirikan rumah tangga dengan Kanae Miyahara dan pada 13 Februari lalu mereka dikurniakan cahaya mata.

Setakat ini, lelaki istimewa ini sudah menjelajah kira-kira 30 negara dan memberi kata perangsang kepada lebih tiga juta orang, termasuk pelajar. Mesej ceramahnya ialah mengenai harapan dan keyakinan diri sendiri dan percaya kepada kuasa Tuhan.

Motonya mudah: No arms, no legs, (and) no worries! Tak hairanlah jika beliau sentiasa mempamerkan wajah riang, menceritakan kisah hidup dan mencurahkan isi hatinya kepada seberapa ramai orang yang mungkin untuk menceriakan manusia lain dan membuat hidup mereka lebih bermakna.

Vujicic mengingatkan kita tentang apa penerimaan kita terhadap apa yang kita ada dan setakat mana kita bersyukur dengan apa yang kita ada.

Dari segi fizikal, kebanyakan daripada kita dikurniakan nikmat yang orang seperti Vujicic tidak ada. Tetapi sementara orang seperi Vujicic menjelajah merata pelosok dunia membawa mesej kesejahteraan hidup, bagaimana kita menerima pemberian yang ALLAH kurniakan kepada kita?

Apakah kita tidak mahu bersyukur? Atau kita persia-siakan kurniaan ALLAH itu?

Sebagai contoh, kita sudah pun melalui PRU dengan lancar dan aman, tanpa dicemari insiden hodoh, walaupun riuh-rendah di seluruh negara. Ia begitu sengit, digelar ‘ibu segala pilihan raya’, tetapi ia berlangsung dengan selamat. Semuanya berlaku bukan kerana kita bijak, tetapi kerana ALLAH mahu ia berlaku begitu; tanpa insiden.

Jika ALLAH mahu sesuatu yang tidak boleh dibayangkan berlaku, siapa kita untuk menyekatnya? Apakah tidak kita bersyukur? Kita perlu perbanyakkan ucapan alhamdulillah dan perbaiki perjalanan hidup kita, mengikut kehendak ALLAH, bukan kehendak kita.

Kita boleh cuba mencapai matlamat dengan menghalalkan cara, tetapi kita mesti bersedia berdiri dan bertanggungjawab ketika kita berhadapan dengan ALLAH nanti.

Kita tahu, di negara lain, pilihan raya dicemari dengan pelbagai insiden, bukan sekadar penipuan, rasuah, pergaduhan, dan salah guna kuasa, tetapi kecederaan dan kehilangan jiwa. Negara dan rakyat porak-peranda.

Tetapi kita, dalam riuh-rendah, masih selamat, masih boleh beribadat dengan selesa dan masih boleh tersenyum.

Dalam keadaan begini, saya selalu suka renungi pepatah Cina: Anda ingat anda malang kerana tiada berkasut hinggalah anda terserempak dengan orang yang langsung tidak mempunyai kaki!

Kata-kata hikmat berbunyi: Kadang-kadang kita inginkan apa kita lihat orang lain dapat, tapi kita lupa sebenarnya kita sudah miliki apa yang ALLAH beri pada kita.

Kita akan lebih bahagia dan bersyukur jika kita ingat bahawa di sebalik sesuatu kekurangan, tersembunyi kelebihan!

farush.khan@sinarharian.com.my

Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka

Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka
Wartawan Sinar Harian
6 April 2013
Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka
Anggota polis memeriksa keadaan lelaki dan pasangannya yang ditahan.
KULIM - Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di pekarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya.

Penunggu KM 20.6 tagih darah?

Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2013
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
KM 20.6 sering mengundang maut.
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Kedua-dua mangsa maut di KM 20.6.
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Kedua-dua mangsa terbunuh di tempat kejadian.
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Motosikal salah seorang mangsa hancur setelah dirempuh suspek.
Penunggu KM 20.6 tagih darah?
Seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Hospital Kulim.
KULIM - Fenomena kemalangan maut sering kali dikaitkan dengan kecuaian pengguna jalan raya, selain faktor jalan, namun bagaimana jika punca ia berlaku 'selain daripada' itu?

Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

“Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

“Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya,” katanya.

Masih jadi tanda tanya

Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu.   
  
Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman

Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman
Eina
Eina
Hasliza Mohd
Hasliza Mohd
Afiq
Afiq
"SAYA akan tetap saman ibu Afiq. Bukan kerana mahukan wangnya, tapi kerana membela maruah saya dan keluarga," begitulah kenyataan aktres, Eina Azman kepada Zass berhubung hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, setelah tempoh tujuh hari buat ibu Afiq membuat permohonan maaf secara terbuka tamat hari ini, dia nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang.

"Keluarga meminta saya meneruskan tindakan undang-undang dan ayah saya akan uruskan segala hal berkaitan peguam dan sebagainya.

"Saya bukan mahu menyaman secara semberono, tetapi ini melibatkan maruah, dia telah memanggil saya dengan panggilan perempuan murahan, sundal, menuduh saya yang bukan-bukan tapi semuanya tanpa bukti.

"Secara tak langsung, cerita karutnya itu membuatkan saya turut terlibat sama dalam masalah keluarganya dan ia memburukkan nama saya," katanya.

Di tebak dengan pandangan pihak lain yang menganggapnya sebagai punca pertelingkahan dua beranak ini, Eina berkata, dia amat kesal dengan tuduhan melulu pihak lain tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Bukan saya yang mencipta kontroversi murahan ini, tetapi ibunya yang bermula dulu. Saya datang pada sidang media yang dilakukan Afiq pun kerana Afiq yang menjemput dan dia minta saya bersihkan nama saya.

"Apa untungnya saya menjadi batu api. Orang hanya tahu menuding jari saja. Tapi saya percaya pada takdir, lambat laun orang akan tahu perkara sebenar," ujarnya.

Afiq kumpul bukti

Sementara itu, Afiq, lebih selesa untuk tidak masuk campur keputusan kawan baiknya, Eina Azman, yang nekad menyaman ibunya, Hasliza Mohd, sedikit masa lagi.

Ujar Afiq kepada Zass, dia sudah memujuk ibu dan adik-beradiknya untuk memohon maaf kepada Eina kerana segala kenyataan yang dikeluarkan mengenai Eina sebelum ini ternyata satu fitnah.

“Afiq sudah nasihatkan mereka. Tapi mereka yang tidak mahu dengar. Jadi sekarang terpulanglah kepada mereka bagaimana mahu menyelesaikan kes saman ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Afiq berkata dia kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk tampil dengan bukti lebih kukuh bahawa dia tidak bersalah.

Bagaimanapun, dia belum bersedia untuk berkongsi apa perincian bukti yang akan ditampilkan itu.

Selasa, 21 Mei 2013

Rela Mati Dari Disumpah Ibu Kandung Sendiri - Afiq Muiz


Rela Mati Dari Disumpah Ibu Kandung Sendiri - Afiq Muiz

Sememangnya kewujudan sosial media menyebabkan banyak pihak mengeluarkan kenyataan yang kadang kala berdasarkan emosi. Lebih-lebih lagi orang muda seperti Afiq Muiz pastinya tidak sempat berfikir dua kali sebelum menaip sesuatu sebagai luahan perasaan.
afiq mui
Membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Afiq Muiz menerusi Twitternya membuatkan Abang Nara mengelengkan kepala. Kalau mati tetapi tidak mendapat kemaafan daripada ibu pun tiada gunanya. Walaupun ibu Afiq yang bersalah, sedikit sebanyak pasti ada silap di pihak Afiq jua.
afiq gilaTak tahu sama ada Afiq sudah berjumpa dengan ibunya atau belum lagi selepas kontroversi ini berlaku. Nasihat Abang Nara, jumpalah ibu anda, salam tangannya, cium dahinya, mohon maaf padanya. Lepas itu kalau nak mati pun matilah. Jangan menyesal di kemudian hari kalau tak sempat memohon maaf kepada ibu kandung anda.

Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit


Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini.

N.27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM
DEWAN UNDANGAN NEGERI
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.27 - PENGKALAN KOTA
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LOKE CHEANG GIN @ LOKE POH CHYE BN1,803HILANG DEPOSIT
2. LAU KENG EE DAP15,403MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:19,980

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:243

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:17,449

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:17,468

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:19

PERATUS PENGUNDIAN:87.40%

MAJORITI:13,600


N.13 Berapit
NEGERI : PULAU PINANG

BAHAGIAN PILIHAN RAYA : N.13 - BERAPIT
NAMA PENUHPARTIBILANGAN UNDIKEPUTUSAN
1. LAU CHIEK TUAN BN2,230HILANG DEPOSIT
2. ONG KOK FOOI DAP16,995MENANG

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR:22,394

JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK:165

JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:19,390

JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN:19,422

JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN:32

PERATUS PENGUNDIAN:86.70%

MAJORITI:14,765

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini. Tak lama BN akan pupus ........mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum ini.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang

Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal diperkenalkan,  kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagi beliau, kerajaan BN yang baru dibentuk  Najib ini tidak sabar-sabar untuk membalas dendam mereka kepada rakyat yang banyak menolak mereka.

"Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru," tulis beliau.



Ikuti tulisan beliau sepenuhnya di bawah ini.



GST dulu ke atau Gaji Minima dulu Najib?!


Oleh Dr Dzulkefly Ahmad


Telah berakhir tempoh PM Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (UBN) untuk ‘berpantang’ menahan nafsu amarah mereka untuk ‘menggasak’ rakyat negara ini.

2. Lepas dia tibai etnik Cina dengan serangan ‘Tsunami Cina’ dan pelbagai kata kesat hulubalangnya yang dihamburkan ke arah rakyat termasuk kenyataan kurang cerdik menteri dalam negeri itu, kini giliran menteri di jabatan perdana menteri pula untuk ‘mendera’ rakyat dengan pengumuman sistem cukai baru.

3. Setelah memenangi kembali Putrajaya, dengan pilihanraya yang sangat dipertikaikan pelbagai pihak kerana sarat dengan penipuan, Najib sudah tidak segan-silu lagi untuk melakukan apa yang dianggapnya ‘agenda tertangguhnya’.

4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bakal dilaksanakan oleh kerajaan Najib dalam tahun 2013 ini dan telah diwar-war oleh Datuk Seri Idris Jala kononnya akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun. Apa tidaknya kalau mereka sanggup mencekik rakyat dengan kadar 7% cukai!

5. Najib dan Idris Jala juga perlu terangkan kepada rakyat kerana yang akan membayar cukai ini adalah rakyat bahkan semua lapisan rakyat termasuk yang kaya dan juga yang miskin atau berpendapatan rendah. Apabila mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan tersebut selagi barangan itu bukan dalam kategori ‘sifar cukai’ atau ‘zero-rated’, bermaksud GST tetap dikenakan.

6. Kadar GST sebanyak 7% adalah sangat tinggi dan ini jelasnya adalah ‘janji Najib yang tidak ditepati’ kerana kadar 4% adalah angka yang disebut-sebut sejak awal GST diperkenalkan. Mungkin Najib telah kemaruk kerana baru sedar hutang kerajaan pusat dah terlalu membengkak hampir 55% KDNK kerana dirinya sendiri.

7. Ataukah Najib mahu sahaja ‘mendera’ rakyat yang tidak mengizinkannya untuk mendapat 2/3 majoriti di parlimen dan menawan kembali Selangor, negeri terkaya di Persekutuan Malaysia?

8. Singapura, yang rakyatnya mempunyai pendapatan per kapita hampir dua kali ganda dari kita pun memulakan kadar GST mereka pada kadar 3%. Kerana kos perlaksanaan cukai baru ini adalah sangat tinggi, yang dianggarkan berbilion RM. Contohnya Australia A$ 4 bilion ketika memperkenalkan GST di negara itu, maka tekanan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yakni inflasi, adalah tidak dapat dielakkan ekoran sebab faktor kos permulaan sistem GST.  

9. Singapura, contohnya mengalami inflasi sebanyak 3% untuk selama 3 tahun akibat dari perlaksanaan GST dan begitu juga di kesemua negara-negara yang melaksanakannya juga turut mengalami tekanan inflasi untuk beberapa tahun.

10. Pakatan Rakyat secara prinsip tidak menolak sistem cukai penggunaan ini atau ‘consumption tax’ tetapi mahukan beberapa syarat penting mesti dilaksanakan oleh kerajaan terlebih dahulu. Pakatan Rakyat mahukan rakyat teramai mempunyai pendapatan yang menasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang lebih bermaruah  atau ‘a dignified life’.

11. Bank Dunia sendiri telah mengisytiharkan bahawa gaji sebenar (real wage) rakyat Malaysia dengan mengambil kira faktor inflasi, hanya naik 2.8% dalam satu dekad yang lalu.

12. Gaji minima adalah satu kaedah memecah hambatan atau ‘bottleneck’ peningkatan pendapatan rakyat. Sudah terlalu lama perlaksanaan ‘Gaji Minima’ ditangguhkan Najib. Ini satu pengkhianatan! Najib masih berdolak-dalik seperti dulu juga. Memang Najib tak ada tulang belakang atau ‘spineless’ dalam banyak hal.

13. Pakatan Rakyat menuntut supaya dengan pembenterasan amalan rasuah, kronisme dan sesetengah jenis monopoli, oligopoli dan kartel, negara akan dapat meningkatkan pendapatan dari sumber penjimatan.

14. Sekaligus kos saraan hidup rakyat akan dapat dikawal dan diperturunkan serentak mengizinkan rakyat meningkatan pendapatan dan ‘pendapatan boleh berbelanja’ (disposable income).

15. Pakatan Rakyat bercadang GST hanya dilaksanakan ketika pedapatan rakyat adalah pada paras yang lebih munasabah dan tidak seperti hari ini di mana 60% dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Hari ini hanya 10% sahaja mereka yang dalam pasaran kerja yang dikenakan cukai pendapatan kerana pendapatan yang rendah-sederhana.

16.   Kerajaan Najib juga mestilah mendidik rakyat tentang konsep dan perlaksanaan GST ini kerana sememangnya sistem cukai ini rumit dan tidak mudah difahami. Ada yang menganggap bahawa rakyat atau pengguna akan dikenakan cukai sebanyak 28% kalau kita mula dengan pengenalan 7%, kerana cukai yang dibayar pengimpot, pengilang, pemborong dan peruncit akhirnya akan dibebankan kepada pengguna.

17. Fahaman ini adalah silap kerana GST adalah menggunakan sistem nilai-tambah atau ‘Value-Added Tax’ ( VAT) seperti digunakan di beberapa negara seperti United Kingdom. Rakyat keliru bahkan ada akauntan juga tidak faham. Rakyat perlu difahamkan dengan betul.

18. Meskipun GST, sebagai sistem cukai baru yang bakal menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 5% itu adalah satu sistem yang lebih efisien dari segi pungutannya serta dapat mengurangkan ‘pengelakan cukai’ (tax evasion),  namun ianya perlu mengambil kira syarat-syarat yang lain termasuk menurunkan cukai pendapatan dan cukai korporat supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat dan lebih menasabah.

19. Terpaling penting ialah GST ini tidak dilaksanakan selagi sumber-sumber kebocoran dan pembaziran yang menelan berbilion RM setahun tidak ditangani.

20. Tegasnya, Kerajaan Najib jangan paksa dan dera rakyat dengan GST setelah rakyat ditipu untuk memberikan mereka kelebihan kerusi diparlimen sekali lagi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

21. PM Najib, kalau anda mahu madunya, jangan jolok sarangnya ya!




Penulis adalah Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Kontroversi melibatkan Afiq Muiz, ibunya dan Eina Azman


Ingatkan dah habis kontroversi melibatkan Afiq Muiz, ibunya dan Eina Azman, tapi rupanya makin teruk pula jadinya.
Eina khabarnya akan tetap menyaman ibu Afiq, Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sebelum ini, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya. Malah, Afiq sendiri tidak menghalang hasrat Eina untuk menyaman ibunya.
Afiq okay saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab ibu Afiq dah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.
Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. Tapi Eina rasa mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tak takut. Sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan.
Menurut Sinar Harian Online, Eina mempunyai bukti kukuh untuk menyaman Hasliza dan menyifatkan kontroversi yang ditimbulkan oleh Hasliza sebagai murahan.
Kita teruskan juga saman. Kita tengoklah nanti siapa menang, siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah.
Fuh! Makin dahsyat pulak isu ni. Cepat-cepatlah mereka jumpa jalan penyelesaian dan semoga kebenaran terserlah jua satu hari nanti.